JENIS DAN TABURAN TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR

Hutan Hujan tropika

Hutan paya

Hutan pantai

Hutan gunung

Saturday, July 24, 2010

Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Negara Kita

Negara kita kaya dengan tumbuh-tumbuhan semula jadi yang indah. Ke mana-mana sahaja kita pergi, kita dapat melihat pokok-pokokyang menghijau. Pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi hidupan liar ini ialah khazanah negara yang harus kita banggakan.
Iklim Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun telah menggalakkan pertumbuhan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi. Tumbuh-tumbuhan semula jadi di negara kita ialah hutan hujan tropika, hutan paya, hutan pantai dan hutan gunung.
Contoh-contoh tumbuhan ialah pokok kayu keras, pokok renek, pokok menjalar, pokok memanjat dan pokok palma.
Hutan Malaysia mempunyai kira-kira 15000 species pokok-pokok yang mengeluarkan bunga, 4200 species pohon-pohon kayu, 1500 species orkid, 500 jenis pohon palma, dan 800 species paku pakis serta tumbuh-tumbuhan peringkat rendah. Terdapat pelbagai jeni hidupan liar di Malaysia, misalnya kira-kira 280 species mamalia, 730 species burung, 400 species amfibia dan reptilia, dan lebih daripada 100 000 species serangga.

Sunday, July 18, 2010

Geografi Malaysia

GEOGRAFI
Malaysia meliputi keluasan 330,252 kilometer persegi terdiri dari SemenanjungTanah Melayu serta kawasan pantai barat daya Pulau Borneo (Sabah dan Sarawak).Kedua-dua wilayah ini dipisahkan oleh Laut China Selatan seluas 531.1 kilometer persegi. Semenanjung Malaysia, meliputi seluas 131,805 kilometer persegi bersempadan dengan Negara Thai di utara dan Singapura di selatan. Sabah meliputi keluasan 73,997 kilometer persegi dan Sarawak seluas 124,450 kilometer persegi.
Negeri dan Wilayah
Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembi Ian, Pahang, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Negeri Pahang mempunyai keluasan 35,965 kilometer persegi adalah negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia.
Negeri Sabah terdiri dari lima bahagian iaitu Tawau, Sandakan, Kudat, Pantai Barat dan Pedalaman. Wilayah Persekutuan Labuan, terletak di pantai barat Sabah mempunyai keluasan 91 kilometer persegi. Sarawak terdiri dari sebelas bahagian iaitu Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Sarikei, Limbang, Kapit, Bintulu, Kota Samarahan, Mukah dan Betong.
IklimMalaysia terletak berhampiran dengan Khatulistiwa antara garisan lintang 10° dan 70° Utara dan garisan bujur 100° dan 119°limur. Lazimnya iklim di sini terbahagi kepada dua musim, iaitu musim monsun barat daya dan musim monsun timur laut. Purata suhu harian di seluruh Malaysia ialah antara 21 ° C hingga 32° C. Cuaca Malaysia tertakluk kepada pengaruh laut dan perubahan sistem angin yang bertiup dari Lautan Hindi dan Laut China Selatan. Kelembapannya adalah tinggi, iaitu 80% dan purata hujan lebih kurang 200cm setahun.
FloraHutan Hujan Tropika di Malaysia dianggap yang tertua di dunia. Bumi Malaysia masih diliputi dengan sejumlah 61 peratus Hutan Hujan Tropika. Dengan terdapatnya pelbagai spesis binatang dan tumbuh-tumbuhan ianya menjadi daya penarik kepada para penyelidik sains.Adalah dianggarkan terdapat lebih 15,000 spesis bunga-bungaan (9 peratus daripada jumlah di dunia) dan 185,000 spesis binatang (16 peratus daripada jumlah di dunia) terdapat di Malaysia. Di Malaysia terdapat lebih kurang 2,000 jenis pokok yang mengeluarkan bunga, termasuk 200 jenis pelbagai palma dan 3,000 jenis orkid.


Bunga paling besar di dunia, Raflesia adalah sesuatu yang unik di kawasan ini. Satu lagi pemecah rekod ialah pokok tropika yang paling tinggi iaitu Pokok Tualang yang tinggi menjulang. lanya bolehmencecah ketinggian sehingga 80 meter (260 kaki).
FaunaHutan Hujan di Malaysia menyimpan beribu-ribu spesis binatang yang kebanyakannya bukan sahaja unik bagi kawasan ini malahan juga di dunia. Sebanyak 286 spesies mamalia, 736 spesies burung, 406 spesies amfibia dan reptilia dan lebih daripada 100,000 spesies seranggatelah dapat direkodkan.
Antara spesis mamalia yang tinggal di sini termasuk harimau, gajah, badak sumbu, tapir, musang, harimau bintang, beruang dan dua jenis rusa iaitu sambar dan kijang. Malaysia juga merupakan tempat tinggal kancil yang besarnya seperti seekor kucing. Terdapat juga binturong dan pelbagai jenis ungka dan monyet. Sabah dan Sarawak merupakan tempat asal Orang Utan yang luar biasa. Terdapat hanya dua spesies buaya di Malaysia iaitu buaya tembaga dan buaya jolong-jolong. Buaya boleh didapati di sungai-sungai besar terutamanya di Sarawak. Tuntung sungai boleh didapati di kebanyakan sungai di Semenanjung Malaysia dan populasi utama didapati di sungaisungai di Negeri Perak, Kedah, Terengganu dan Pahang.

Pantai Timur Semenanjung merupakan kawasan pendaratan penyu terutamanya penyu belimbing. Rantau Abang di Terengganu adalah kawasan yang penting pendaratan penyu. Pulau Penyu di Sabah juga merupakan kawasan yang penting untuk pemuliharaan penyu di rantau ini.Terdapat juga hampir 600 jenis burung yang dicatatkan di Semenanjung Malaysia. Burung-burung migratori banyak terdapat di kawasan pantai berlumpur di sebelah pantai barat Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Kawasan yang penting untuk burung-burung berhijrah ialah di Kuala Gula di Perak, Pulau Bruit di Sarawak dan kawasan pantai di Sabah.Ikan air tawar yang banyak terdapat di Malaysia ialah ikan kap. lain-lain jenisnya ialah kelesa, sebarau, toman dan haruan.

Hutan hujan tropika di Malaysia dan kepentingannya

Pendahuluan
Hutan dalam pengertian yang luas merangkumi kawasan yang ditumbuhi oleh pokok-pokok liar yang terbiar, rimba yang menjadi habitat semulajadi flora dan fauna. Hutan merupakan aset negara yang tidak ternilai dan diwarisi turun-temurun. Malaysia merupakan hutan khatulistiwa atau hutan hujan tropika yang terdapat di kawasan tanah pamah.Hutan malar ini mencapai ketinggian kurang daripada 1000meter.Terdapat tiga lapisan tumbuh-tumbuhan yang tumbuh rapat-rapat.

Lapisan hutan yang paling tinggi adalah lapisan atas. Lapisan ini terdiri daripada pokok-pokok yang mencapai ketinggian di antara 50m-70m. Lapisan atas ini merupakan tempat habitat bagi burung-burung besar seperti helang dan enggang. Di bawah lapisan atas ialah lapisan kanopi. Lapisan kanopi yang padat ini terdiri daripada “payung” pokok yang tingginya di antara 30m-40m. Lapisan kanopi ini terdedah kepada cahaya matahari. Oleh itu, proses fotosintesis pada tumbuh-tumbuhan giat berlaku di lapisan ini. Walau bagaimanapun, lapisan kanopi ini menghalang cahaya matahari daripada sampai ke lapisan bawah hutan. Lapisan kanopi menghasilkan bunga-bungaan dan buah-buahan yang digemari oleh hidupan liar seperti burung enggang, kelawar, minyet dan tupai.

Di bawah lapisan kanopi ialah lapisan tengah. Lapisan tengah terdiri daripada pokok-pokok tingginya lebih kurang 10m.Pokok ini terpaksa hidup di bawah naungan pokok-pokok yang lebih tinggi dan memperoleh cahaya matahari yang menembusi kanopi melalui celah-celah daun. Hidupan liar yang terdapat di dalam lapisan tengah ialah tupai, orang hutan dan ular. Lapisan yang paling bawah ialah lapisan bawah. Lapisan bawah terdiri daripada pokok-pokok memanjat, pokok-pokok menjalar, tumbuh-tumbuhan herba dan parasit yang hidup pada benda organik yang telah mati dan reput. Contohnya, pokok liana dan rotan. Di bawah lapisan ini terdapat pelbagai haiwan seperti gajah, harimau, pelanduk, badak, cipan, babi hutan, tenggiling, katak, kumbang, pepatung, labah-labah, ular, pacat, semut, anai-anai dan lain-lain lagi.

Kepentingan-Kepentingan Hutan Hujan Tropika
Hutan adalah habitat semula jadi, kawasan pembiakan dan sumber makanan utama kepada fauna. Hutan membekalkan makanan kepada haiwan yang memakan daun, buah-buahan, putik bunga, bijian dan pucuk serta pelbagai bahagian pokok. Kewujudan rantaian makanan menjadi satu lumrah kehidupan bagi hidupan pemangsa dan mangsa. Melalui proses fotosintesis, tumbuh-tumbuhan berfungsi sebagai pengeluar yang membekalkan keperluan hidup haiwan yang lain. Sebagai contohnya, daun, akar, buah-buahan untuk komponen hidup yang lain. Haiwan yang makan tumbuh-tumbuhan dan memperoleh tenaga daripada tumbuh-tumbuhan itu ialah pengguna primer. Contohnya, ulat yang memakan daun. Pengguna primer akan menjadi sasaran sebagai makanan bagi pengguna sekunder seperti burung punai. Pengguna sekunder, sebaliknya akan dimakan oleh pengguna tertier yang merupakan haiwan yang lebih besar dan kuat atau manusia. Dengan proses-proses yang berterusan ini ekosistem Hutan Hujan Tropika yang seimbang dapat dihasilkan.

Hutan penting dalam mengimbangi kandungan gas di udara. Proses fotosintesis membebaskan oksigen dan menyerap gas karbon dioksida yang dibebaskan oleh manusia dan haiwan. Proses ini berlaku berulang-ulang menyebabkan bekalan oksigen dalam udara mencukupi untuk kegunaan hidupan seperti proses pernafasan dan memastikan pengurangan karbon dioksida secara tidak langsung. Ini kemudiannya, dapat mengurangkan risiko berlakunya fenomena “ kesan rumah hijau” atau “kesan rumah kaca” iaitu kebolehan atmosfera membenarkan cahaya matahari masuk dengan banyaknya tetapi hanya sedikit sahaja bahang dari bumi dalam bentuk gelombang panjang yang dibebaskan ke angkasa. Proses sejat peluhan, iaitu wap air yang dibebaskan oleh tumbuhan ke atmosfera dan karbon dioksida yang di dalam udara menyekat sebahagian daripada bahang dari bumi ini dan memantulkan kembali ke bumi. Oleh itu, suhu di permukaan bumi tidak begitu panas.

Hutan juga mempunyai kesan penyejukan semula jadi menerusi beberapa cara:
1. Air yang ditranspirasikan oleh tumbuh-tumbuhan naik ke udara dan menghasilkan awan.Awan ini membalikkan cahaya matahari ke ruang angkasa dan kemudian menjadikan kawsan sekitar hutan lebih sejuk.
2. Wap air dari hutan mengandungi tenaga haba yang akan disebarkan kekawasan yang lebih sejuk. Keadaan ini mempengaruhi penyebaran radiasi matahari .
3. Kuantiti karbon yang banyak tersimpan di afmosfera, suhu sedunia akan meningkat. Hutan ini boleh mengurangkan kandungan karbon di afmosfera menerusi proses fotosintesis.

Walaupun hutan hujan tropika hanya meliputi 12% daripada jumlah keseluruhan kawasan dataran, ia sekurang-kurangnya mengandungi 50% daripasda spesies di dunia.Misalnya, di Malaysia terdapat 3000 spesies tumbuhan berbunga di semenanjung Malaysia dan 2500 daripadanya adalah dari jenis berpokok.Tumbuh-tumbuhan ini adalah unik kerana ia tidak ditemui di mana-mana pelusok dunia kecuali di Malaysia sahaja.Contohnya, bunga Rafflesia, palma, liana, renek, orkid dan sebagainya.Bagi melengkapkan ekosistem, haiwan telah menjadi penghuni setia hutan belantara ini. Terdapat sejumlah 200 spesies mamalia seperti orang hutan, gajah harimau badak pelanduk dan sebagainya. 600 spesies burung seperti helang, enggangdan lain-lain lagi. 115 spesies ular, 30 spesies katak dan 80 speseis cicak, seranga pula merupakan komuniti haiwan yang terbesar di mana bagi sesetengah kumpulan mengandungi lebih daripada 1000 spesies.

Hutan berfungsi sebagai kawasan tadahan air hujan da menyerap air hujan dan mengalirkan perlahan-lahannya ke dalam anak sungai. Seterusnya bertindak sebagai penuras yang menapis air hujan bagi memastikan air bersih dan jernih mengalir ke kawasan tadahan.Kawsan tadahan air menjadi legeh kepada sungai-sungai yang terdapat di Malaysia. Daripada sungai-sungai ini, manusia dan hidupan lain mendapat bekalan minuman yang terjamin kebersihannya dan menjadi sumber pendapatan atau makanan bagi penduduk yang tinggal di tepi sungai.

Selain itu, ia juga dapat menjamin bekalan sumber air tetap bagi sungai untuk mengelakan dari berlakunya kemarau, banjir, hakisan tanah dan sebagainya. Apabila hujan turun di kawasan hutan, kebanyakkan air terperangkap di kanopi da hanya sebahagian kecil sahaja yang sampai ke tanah. Tanpa kawasan hutan, hujan yang turun akan mengalir dengan deras ke anak-anak sungai kerana tanah tida berupaya untuk menyerap air yang begitu banyak. Air yang deras akan membawa bersamanya kelodak dan lumpur ke dasar sungai lalu meninggikan lagi dasarnya. Ini menyebabkan air melimpah ke kawasan sekitar dan berlakunya banjir kilat.

Di samping itu, hutan juga merupakan sumber ubat-ubatan terutamanya ubat-ubat tradisional seperti daun lemuning atau nama sainsnya Vitex negundo, Mengkudu atau nama sainsnya Morinda citrifolia, kaduk atau nama sainsnya Piper sarmentosum, Tongkat Ali atau nama sainsnya Eurycoma longfolia, pokok Kacip Fatimah atau nama sainsnya Labisia pumila dan lain-lain lagi.Contohnya, kaduk atau nama sainsnya Piper sarmentosum dari famili Piperaceeae merupakan sejenis tunbuhan tempatan yang penting dan bernilai dari segi perubatan. Kaduk boleh didapati di kawasan –kawasan yang lembap dan hidup liar. Kencing dapat dilawaskan dengan air yang direbus dengan akar pokok kaduk manakala minim air yang direbuskan dengan daunnya dapat merawat demam dan malaria. Air rebusan itu juga berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selesema, sakit gigi, sakit pinggang dan sengal-sengal tulang. Selain itu, dikatakan bahawa terdapat penemuan ubat antimalaria dan kuinin yang terbukti mujarab.

Hutan menjadi sumber ekonomi yang penting melalui industri pembalakan terkawal yang mendapat kelulusan pihak kerajaan. Nilai eksport balak dan barangan berkayu ialah RM2.1 billion atau 40% daripada jumlah pendapatan eksport negara pada bulan Januari hingga Septembeer 1990.Sektor perhutanan di Semenanjung Malaysia menawarkan sebanyak 62 800 peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan.Jenis kayu keras yang bermutu tinggi dan mempunyai harga yang tinggi di pasaran dunia ialah kayu-kayu meranti, cengal, balau, kapur, seraya, damar, sepetir, ranin dan belian.Kegunaan hasil balaknya ialah untuk membuat bangunan ataupun rumah, landasan kereta api, alat-alat perabot, papan lapis, kotak, kertas dan lain-lain.Hasil balakan ini bukan sahaja dieksport tetapi juga membantu berkembangnya industri pembuatan tempatan seperti perabot, kertas, kotak dan lain-lain lagi.

Selain itu, hasil hutan seperti buluh, rotan, dan mengkuang juga menyumbangkan pendapatan kepada masyarakat luar bandar.Hasil jualannya dalam mengembangkan industri desa seperti anyaman, pembuatan perabot dari rotan dan barngan kraftangan dari buluh, mengkuang, rotan dan sebagainya.

Hutan juga merupakan tempat bereakrasi yang penting untuk manusia. Penduduk-penduduk bandar yang terdedah kepada kesibukan kota boleh menenangkan minda serta merehatkan mata dengan berkunjung ke tempat-tempat rekreasi yang menhijau seperti Taman Negara, Fraser Hill, Cameron highland, Hutan Paya Bakau, Gunung Kinabalu dan sebagainya.Aktiviti ini boleh melapangkan fikiran kita dan lari dari kesibikan kota. Dii sini kita boleh menghidup udara yang nyaman dan segarserta menjamin kesihatan kita.Bukan itu sahaja, ia juga boleh menjadi daya tarikan pelancongan untuk meningkatkan pendapatan negara.Ini disebabkan negara kita mempunyai khazanah hutan yang tertua di dunia. Para pelancong asing akan datang melawat negara kita semata-mata untuk melihat keindahan hutan semula jadi yang unik.

Kesimpulannya
Memang tidak dapat dinafikan bahawa hutan sememangnya memberi banyak kepentingan kepada manusia. Kepentingan-kepentingan ini yang menjadikan hidup kita lebih atur dan sempurna.Akan tetepi, keghairahan manusia telah menyebabkan kemusnahan hutan yang seterusnya menimbulkan pelbagai tragedi seperti pemupusan spesies, gangguan kitaran air dan keseimbangan ilkim serta peningkatan suhu dunia. Oleh itu, kita seharusnya berusaha mengembalikan khazanah yang hampir-hampir kita musnahkan.


Bibiografi
Plants, People & Environment 1979. Peter B. Kaufman and J. Donald LA Croix.
Dewan Kosmik Mei, November dan Disember 1995. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Buku Teks Tingkatan 4

Monday, April 5, 2010

Hutan Gunung
  1. Jenis dan kepadatan tumbuhan di hutan ini adalah berbeza mengikut ketinggian. Semakin tinggi kawasan itu, semakin jarang tumbuhan yang terdapat di kawasan tersebut.
  2. Faktor-faktor yang menyebabkan berbeza ialah suhu yang lebih rendah, bentuk muka bumi yang lebih curam, tidak menerima pancaran matahari yang terik, dan lain-lain.
  3. Ciri-ciri tumbuh-tumbuhan di hutan gunung.Ketinggian 0-1200mialah pokok meranti, pokok cenggaldanpokok kapur.Ketinggian 1200-1800mialah pokok oak, orkid, senduduk dan paku-paki. Ketinggian 2900-3500ialah tumbuhan konifer, periuk kera dan tumbuhan epifit.Ketinggian melebihi 3500mialah tumbuh-tumbuhan alps.
  4. Tumbuh-tumbuhan di hutan gunung yang terknal ialah bunya rafflesia, bunga orkid dan pokok periuk kera.
  5. Hidupan liar yang hidup di hutan gunung ialah harimau dahan, kucing batu, beruang, tikus dan serangga.

INFO BONUS - Bunga rafflesia merupakan bunga terbesar di dunia dan berada di Tambahan, Sabah. Bunga ini tidak berdaun dan hidup menumpang di pokok lain sebaagai parasit. Bunga ini mengembang penuh selebar 90cm dan beratnya 7kg.

Hutan Pantai

  1. Hutan Pantai tumbuh di kawasan pantai berpasir yang rendah, bersaliran baik dan berdedah kepada tiupan angin dari laut.
  2. Tumbuh-tumbuhan semula jadi yang utama di hutan ini ialah pokok ru, pokok renek, pokok kelapa, pokok tapak kuda, mengkuang lautdan rumput lari-lari.
  3. Tumbuhan menjalar terdapat berhampiran gigi air yang berpasir manakala di pantai berpasir yang lebih kering terdapat pokok kelapa dan pokok renek.
  4. Hidupan liar yang hidup di hutan pantai ialah kera, ular, biawak, burung, tupai, dan serangga.

INFO BONUS: Pokok tapak kuda ialah sejenis tumbuhan menjalar yang mempunyai atau merebak dan menjalar ke dalam tanah untuk mendapatkan air tawar.

Unsur patriotisme: berbangga dengan kepelbagaian tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar negara Malaysia.

Sunday, April 4, 2010

Hutan Paya~ Selain hutan hujan tropika,terdapat juga hutan paya di negara kita. Tahukah anda bahawa terdapat dua jenis hutan paya di Malaysia, iaitu hutan paya air masin dan hutan paya air tawar? Apakah perbezaan antara kedua-dua jenis hutan paya tersebut.

Hutan paya air masin di kawasan sekitar muara Sungai Perak dan Sungai Bernam, Kawasan pantai Johor dan Melaka, Kawasan pantai timur Sabah, dan Muara Sungai Rajang dan Sungai Bernam. Ciri utamanya ialah tumbuh dengan subur di kawasan pinggir laut yang berlumpur, terlindung daripada pukulan ombak, dan sering mengalami air pasang dan surut.Selain itu,hutan paya air masin juga mempumpui akar cerecak yang tumbuh si permukaan lumpur dan air untuk bernafas serta akar jangkang yang menyokongnya daripada tumbang.Tumbuh-tumbuhan semula jadi ialah pokok bakau, api-api, perapat,berus atou tumu. Hidupan air ialah ikan ketam siput lokan udang sotong kerang dan lain-lain.

Hutan paya tawar di kaasan di antara Kuantan hingga selatan Johor, sekitar tasik chinidan tasik bera.Ciri utamanya terdapat di kawasan pedalaman yang braliran buruk, bertanih gambut,dan bertakung air. Disamping itu, pokok-pokok yang tumbuh biasanya tinggi. Tumbuh-tumbuhan semula jadi ialah palma, gelam, nipah, kempas, keladi air, mengkuang. Hidupan airnya ialah udang galah, ular, biawak, katak, ikan dan lain-lain.