- Hutan Pantai tumbuh di kawasan pantai berpasir yang rendah, bersaliran baik dan berdedah kepada tiupan angin dari laut.
- Tumbuh-tumbuhan semula jadi yang utama di hutan ini ialah pokok ru, pokok renek, pokok kelapa, pokok tapak kuda, mengkuang lautdan rumput lari-lari.
- Tumbuhan menjalar terdapat berhampiran gigi air yang berpasir manakala di pantai berpasir yang lebih kering terdapat pokok kelapa dan pokok renek.
- Hidupan liar yang hidup di hutan pantai ialah kera, ular, biawak, burung, tupai, dan serangga.
INFO BONUS: Pokok tapak kuda ialah sejenis tumbuhan menjalar yang mempunyai atau merebak dan menjalar ke dalam tanah untuk mendapatkan air tawar.
Unsur patriotisme: berbangga dengan kepelbagaian tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar negara Malaysia.
No comments:
Post a Comment